017-952-7363 / 019-650-7363

163B, Jalan Kesidang 2/13, Taman Kesidang Sek. 2, Melaka

Get Update on our recent Homestay and Car Rental

Thursday, December 17, 2015

Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka


Memandangkan Pelancongan Sukan boleh memberi pulangan yang besar kepada negeri Melaka maka satu stadium yang bertaraf antarabangsa didirikan untuk menampung keperluan sektor ini.  Stadium Hang Jebat yang siap dibina pada September 2004 dan memulakan operasinya sebaik sahaja siap sepenuhnya. Stadium Hang Jebat merupakan venue utama dalam Kompleks Sukan Hang Jebat dan juga atara  yang tercanggih antara venue-venue sukan yang terdapat di negeri ini. Dengan jarak 10km dari susur keluar Tol Ayer Keroh dan 13km dari pusat bandar, lokasi Stadium Hang Jebat agak strategik kerana laluan ke stadium ini yang tidak sibuk memudahkan pengujung untuk datang ke stadium ini dengan mudah. Dengan keluasan enam ekar, Stadium Hang Jebat boleh menampung 40,000 orang pada satu-satu masa.



Spesifikasi yang jitu bertaraf antarabangsa, kemudahan trek yang mendapat pengiktirafan dunia dan penggunaan teknologi moden adalah sesuai untuk penganjuran acara-acara olahraga dan bola sepak yang terkemuka. Stadium Hang Jebat menawarkan pelbagai prasarana sukan dan juga kemudahan lain termasuk ruang pameran dalaman dan luaran, bilik mesyuarat, bilik seminar, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain termasuk taman permainan kanak-kanak yang selesa. Kemudahan sukan rekreasi juga disediakan di sini seperti trek Lumba Motosikal Mini, trek Lumba ‘Sprint Test’, trek ‘Drift’ pan pelbagai lagi.

Pusat Akuatik Hang Jebat terletak dalam Kompleks Sukan Hang Jebat.  Berkapasiti 2000 orang dalam satu masa, dan telah mendapat kelulusan minimum yang ditetapkan Federation Internationale de Natation (FINA).

Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Akuatik Hang Jebat seperti dua buah kolam renang (renang dan terjun), bilik persalinan, bilik rawatan, bilik hakim, bilik marshall, bilik media, bilik kawalan pertandingan, bilik sekretariat, bilik mesyuarat, surau, bilik VIP, pentas VIP, bilik ujian dadah, bilik pengurus pertandingan, kafeteria dan tempat meletak kenderaan yang selesa.

Pusat Ekuestrian Hang Jebat terletak di dalam Kompleks Sukan Hang Jebat mempunyai  kapasiti 250 penonton pada satu-satu masa, pusat dan mampu membantu sukan berkuda di negeri ini untuk terus maju.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat ini meliputi kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa, kandang kuda (tetap dan sementara), ruang pengadil, bilik pengadil, kaunter tiket, tempat pembersihan kuda, stor-stor utiliti, bilik VIP, surau, bilik persalinan, bilik media, bilik rawatan, bilik mesyuarat, pejabat pengurusan dan bilik sekretariat. Untuk kemudahan pertandingan, satu Riding Arena, kawasan pemanas badan dan juga pentas VIP disediakan.

Pusat Squash Hang Jebat juga terletak di dalam Kompleks Sukan Hang Jebat mempunyai  10 buah gelanggang yang selesa, dan mampu menampung 600 penonton pada satu-satu masa.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Squash Hang Jebat adalah 10 gelanggang squash, bilik VIP, bilik pengadil, bilik pengurus, bilik rawatan, bilik kawalan, kafetaria, bilik persalinan, surau, kedai cenderamata, kaunter tiket, dan juga tempat meletak kenderaan.


No comments:
Write comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dapatkan informasi terkini homestay dan kereta sewa di Melaka - https://goo.gl/8iUSyd
Join Our Newsletter