017-952-7363 / 019-650-7363

163B, Jalan Kesidang 2/13, Taman Kesidang Sek. 2, Melaka

Get Update on our recent Homestay and Car Rental

Sunday, January 22, 2017

Perkhidmatan kereta sewa murah di Ayer Keroh, MITC dan bandar Melaka


Kami menyediakan Perkhidmatan kereta sewa murah di Ayer Keroh, MITC dan Bandar Melaka. Samada anda bekerja tetap, bekerja sendiri atau pelajar ipta/ipts dapatkan perkhidmatan Kereta Sewa kami kerana harga yang ditawarkan murah dan berpatutan. Hubungi kami bila-bila masa, dimana-mana jua di talian 017-3169879 (Fuad), untuk sebarang tempahan.



Dapatkan Kereta Sewa Murah di Melaka Sekarang!!

163B, Jalan Kesidang 2/13
Taman Kesidang Seksyen 2
75200 Melaka

Website : www.fuadcarrental.my
FB : Kereta Sewa Bandar Melaka dan Ayer Keroh
Mobile Contact : +6 0173169879
Phone : +6 0179527363

Anda tidak perlu pening kepala lagi. Jika mahu tahu lebih banyak koleksi kereta kami boleh terus hubungi atau whatsapp no di atas untuk sebarang tempahan dan pertanyan. Kini segalanya mudah dengan Fuad Car Rental.

Kami sentiasa memastikan semua kereta sewa kami dalam keadaan terbaik dan selesa bagi setiap pelanggan yang menyewa kereta kami. 

Antara kelebihan Kereta Sewa Bandar Melaka dan Ayer Keroh adalah:
  • Kereta yang bersih dan kemas.
  • Penyelenggaraan kereta dijaga dengan rapi
  • Harga sewa yang berpatutan

Tempat mengambil / Memulangkan Kenderaan

Lokasi utama: Taman Kesidang, Melaka dan Ayer Keroh 

Semasa mengambil Kenderaan

  • Mengemukakan salinan lesen memandu pemandu dan kad pengenalan
  • Menyemak dan menandatangani perjanjian sewa anda
  • Memeriksa kereta untuk apa-apa kerosakan yang sedia ada dan menandatangani untuk mengesahkannya
  • Mengemukakan bayaran sewa (bayaran penuh secara tunai) dan * Deposit keselamatan (RM100 minimum secara tunai)
  • * Deposit keselamatan akan dikembalikan apabila kembali kereta dengan keadaan yang sama dan tanpa apa-apa saman atau kemalangan

Semasa Kembalikan Kenderaan

  • Sila cuba untuk kembali kenderaan yang disewa pada masa dan tarikh yang dipersetujui, apa-apa kelewatan memulangkan kereta, caj tambahan akan berlaku
  • Jika anda ingin kembalikan kenderaan itu di tempat lain, sila beritahu kami apabila dengan segera

Thursday, December 17, 2015

Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka


Memandangkan Pelancongan Sukan boleh memberi pulangan yang besar kepada negeri Melaka maka satu stadium yang bertaraf antarabangsa didirikan untuk menampung keperluan sektor ini.  Stadium Hang Jebat yang siap dibina pada September 2004 dan memulakan operasinya sebaik sahaja siap sepenuhnya. Stadium Hang Jebat merupakan venue utama dalam Kompleks Sukan Hang Jebat dan juga atara  yang tercanggih antara venue-venue sukan yang terdapat di negeri ini. Dengan jarak 10km dari susur keluar Tol Ayer Keroh dan 13km dari pusat bandar, lokasi Stadium Hang Jebat agak strategik kerana laluan ke stadium ini yang tidak sibuk memudahkan pengujung untuk datang ke stadium ini dengan mudah. Dengan keluasan enam ekar, Stadium Hang Jebat boleh menampung 40,000 orang pada satu-satu masa.



Spesifikasi yang jitu bertaraf antarabangsa, kemudahan trek yang mendapat pengiktirafan dunia dan penggunaan teknologi moden adalah sesuai untuk penganjuran acara-acara olahraga dan bola sepak yang terkemuka. Stadium Hang Jebat menawarkan pelbagai prasarana sukan dan juga kemudahan lain termasuk ruang pameran dalaman dan luaran, bilik mesyuarat, bilik seminar, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain termasuk taman permainan kanak-kanak yang selesa. Kemudahan sukan rekreasi juga disediakan di sini seperti trek Lumba Motosikal Mini, trek Lumba ‘Sprint Test’, trek ‘Drift’ pan pelbagai lagi.

Pusat Akuatik Hang Jebat terletak dalam Kompleks Sukan Hang Jebat.  Berkapasiti 2000 orang dalam satu masa, dan telah mendapat kelulusan minimum yang ditetapkan Federation Internationale de Natation (FINA).

Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Akuatik Hang Jebat seperti dua buah kolam renang (renang dan terjun), bilik persalinan, bilik rawatan, bilik hakim, bilik marshall, bilik media, bilik kawalan pertandingan, bilik sekretariat, bilik mesyuarat, surau, bilik VIP, pentas VIP, bilik ujian dadah, bilik pengurus pertandingan, kafeteria dan tempat meletak kenderaan yang selesa.

Pusat Ekuestrian Hang Jebat terletak di dalam Kompleks Sukan Hang Jebat mempunyai  kapasiti 250 penonton pada satu-satu masa, pusat dan mampu membantu sukan berkuda di negeri ini untuk terus maju.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat ini meliputi kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa, kandang kuda (tetap dan sementara), ruang pengadil, bilik pengadil, kaunter tiket, tempat pembersihan kuda, stor-stor utiliti, bilik VIP, surau, bilik persalinan, bilik media, bilik rawatan, bilik mesyuarat, pejabat pengurusan dan bilik sekretariat. Untuk kemudahan pertandingan, satu Riding Arena, kawasan pemanas badan dan juga pentas VIP disediakan.

Pusat Squash Hang Jebat juga terletak di dalam Kompleks Sukan Hang Jebat mempunyai  10 buah gelanggang yang selesa, dan mampu menampung 600 penonton pada satu-satu masa.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Squash Hang Jebat adalah 10 gelanggang squash, bilik VIP, bilik pengadil, bilik pengurus, bilik rawatan, bilik kawalan, kafetaria, bilik persalinan, surau, kedai cenderamata, kaunter tiket, dan juga tempat meletak kenderaan.


Tuesday, October 6, 2015

Risiko Jerebu akibat toksik yang terkandung di dalamnya

Orang ramai yang terdedah kepada keadaan berjerebu dalam tempoh lama berisiko menghidap penyakit kanser selain penyakit lain seperti gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas.

Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, udara ketika jerebu amat berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut gas oksigen tetapi termasuk bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara terus memasuki paru-paru.

http://homestay-dibandar-melaka.blogspot.my

Kata beliau, bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang terkandung dalam jerebu itu kemudian merangsang perkembangan sel-sel kanser di dalam tubuh manusia.

“Ketika krisis jerebu, udara di sekeliling mengandungi debu, habuk halus dan gas toksik seperti gas sulfur dioksida dan karbon monoksida.

“Meskipun udara yang disedut manusia akan melalui beberapa tapisan seperti di hidung dan tekak tetapi organ penapis semula jadi itu tidak mampu menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara.

“Udara tercemar yang tidak dapat ditapis itu akan terus masuk ke paru-paru dan seterusnya mengakibatkan badan manusia mungkin dijangkiti bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser paru-paru dan radang paru-paru,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber: KOSMO

Sunday, September 20, 2015

Menjejaki Warisan Sejarah Melaka Melalui Darat, Udara dan Air


Melawat tempat bersejarah di Bandar Hilir, Melaka, memberi peluang untuk kita menikmati keindahan warisan dunia melalui darat, air dan udara.

Bermula dengan mengunjungi bangunan yang sinonim dengan Melaka iaitu Stadthuys atau lebih dikenali dengan nama Bangunan Merah. Ianya tetap tersergam indah meskipun telah berusia lebih 300 tahun.


Sekeliling bangunan tersebut penuh dengan tinggalan sejarah oleh penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris. Lihat sahaja di kiri dan kanan, pastinya akan kelihatan binaan bercirikan seni bina negara penjajah itu.

Dengan hanya berjalan kaki, kita boleh mendaki ke Bukit St. Paul bagi melihat tinggalan Portugis di situ. Memang benar seperti yang diceritakan dalam sejarah, Bukit St. Paul merupakan lokasi paling strategik kerana kedudukannya menghadap Laut Selat Melaka.

Dengan jelas kita boleh melihat Selat Melaka yang dahulunya sibuk dengan pedagang-pedagang dari seluruh dunia. Runtuhan Gereja St. Paul begitu dipelihara dengan baik dengan batu-bata yang disusun membentuk dinding boleh dilihat, dipegang dan diamati teksturnya.


A’ Famosa begitu ikonik hinggakan ada yang mengatakan tidak sah berkunjung ke Melaka jika tidak bergambar di situ. Baik kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas, semuanya mencari sudut sesuai untuk mendapatkan gambar terbaik sebagai tanda menjejakkan kaki ke kota termasyhur dalam sejarah itu.

Selesai melihat tinggalan Portugis dan Belanda, kita boleh terus menuju ke satu lagi tempat tarikan pelancong iaitu Menara Taming Sari. Diri menara Taming Sari kita boleh merasai sendiri pengalaman eksplorasi Tapak Warisan Dunia dari udara.



Berada 80 meter tinggi di angkasa, Menara Taming Sari menjanjikan pemandangan Bandaraya Melaka yang mempersonakan. Sekali lagi Selat Melaka mengimbau memori keunggulan zaman Kesultanan Melayu Melaka, terasa bangga kerana suatu masa dahulu bangsa Melayu begitu agung hinggakan menjadi rebutan kuasa-kuasa asing.

Menara Taming Sari berputar 360 darjah sekaligus memberi peluang kepada pelancong melihat keseluruhan Bandaraya Melaka seperti Bukit St. Paul, Muzium Maritim, Sungai Melaka serta pusat membeli-belah dan kawasan sekitarnya.

Meskipun hanya tujuh minit Menara Taming Sari berputar pada ketinggian 80 meter, ianya cukup memberi kepuasan kepada semua peringkat umur. Kadar bayaran sebanyak RM 20 untuk warga antarabangsa ataupun RM15.00  bagi warganegara tempatan amat berbaloi jika dibandingkan dengan nilai keindahan dan pengalaman menaiki menara tersebut.


Kita juga boleh menghayati Sejarah Melaka melalui jalan air. Sungai Melaka yang tidak ditelan arus pemodenan menyediakan segalanya untuk semua. Melaka River Cruise menjadi satu lagi kewajipan bagi pelancong yang berkunjung ke sini.

Ia boleh dinaiki dari jeti utama di Taman Rempah ataupun di Dataran Sungai Melaka bersebelahan dengan Muzium Kapal Flor De la Mar.

Menerokai warisan sejarah dengan bot Sungai Melaka amat mengasyikkan. Perjalanan selama 45 minit menyusuri sungai sepanjang lapan kilometer sememangnya tidak patut dilepaskan.

Projek pemuliharaan sungai dan penambahbaikan laluan pejalan kaki juga memberi nafas baru kepada aktiviti pelancongan di situ. Kampung Morten yang indah, jambatan bersejarah dan kafe di pinggir Sungai Melaka amat mengujakan.

Turut menjadi tarikan, mural berwarna-warni menghiasi bangunan di sepanjang laluan.

Tempoh 45 minit bagaikan tidak cukup untuk menikmati keindahan. Namun begitu, kepulangan bot dinaiki penulis ke Dataran Sungai Melaka menandakan lengkaplah sudah eksplorasi Tapak Warisan Dunia melalui darat, air dan udara.


Peluang sebegini memang menarik untuk diceritakan kepada teman-teman.  Percayalah, status Bandaraya Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia bertepatan dan wajar dipelihara.

Wednesday, April 29, 2015

Kesidang Lia Homestay di Melaka


Homestay Kesidang Lia di Bandar Melaka sentiasa berusaha untuk menyediakan homestay yang murah tapi selesa di Melaka. Kadar harga sewa homestay kami masih lagi kekal murah dengan kemudahan yang serba lengkap.

Mungkin kemudahan yang disediakan tidaklah seperti kemudahan hotel di Melaka, tapi pihak homestay menyediakan semua kemudahan asas untuk penginapan yang selesa semasa anda menginap di homestay kami.

Dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap, kami masih lagi mengekalkan harga homestay murah di Melaka. Berikut adalah kadar sewa homestay kami.

Homestay di Bandar Melaka

Kadar Sewa

1.   RM190.00 untuk hari biasa
2.   RM190.00 untuk hujung minggu
3.   RM190.00 untuk cuti umum dan cuti sekolah

*  tidak ada tambahan harga untuk toto dan bantal tambahan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kesidang Lia Homestay di Melaka ini boleh lah hubungi saya seperti berikut:

tel/whatsapp - 0196507363
email - muhalith@gmail.com
fb - http://facebook.com/kesidanghomestay
twitter - http://twitter.com/muhalith
Google page - https://plus.google.com/u/0/b/111714711111174455070/+HomestayKesidangMelaka/posts

Lokasi homestay kami adalah:

163B, Jalan Kesidang 2/13
Taman Kesidang Seksyen 2,
75200 Melaka.

gps koordinat: 2.216179,102.234173

Berikut adalah kemudahan yang kami sediakan di homestay kami.

1.   3 bilik tidur yang selesa




2.  Ruang tamu yang luas



3.   Dapur yang luas dan lengkap


4.   Tempat letak kereta yang mencukupi



Wednesday, August 20, 2014

Pakej Rombongan Sekolah Ke Melaka


Untuk memenuhi keperluan sekolah-sekolah yang memerlukan homestay di Bandar Melaka atau Homestay di bandar Hilir, Homestay Kesidang di Bandar Melaka menyediakan satu Pakej Rombongan Sekolah Ke Melaka samada untuk sekolah rendah atau menengah. Diharapkan pakej ini dapat membantu cikgu-cikgu sekolah yang memerlukan homestay ketika membawa anak-anak murid mengikuti rombongan sekolah ke Melaka.

Pakej terdiri dari:
  • 2 unit rumah teres satu tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air setiap rumah. Amat sesuai sekiranya rombongan mengandungi murid lelaki dan perempuan. Satu rumah untuk murid lelaki dan satu rumah untuk murid perempuan.
  • Rumah terletak berhampiran (dapur bertemu dapur)
  • Rumah ini juga mengandungi 2 ruang tamu yang luas.
  • Toto dan bantal extra disediakan.
  • Setiap rumah dilengkapi dengan 2 unit pendingin hawa dan satu bilik kipas.
  • Maksimum satu rumah termasuk guru adalah seramai 20 orang.
Harga:

RM250.00 untuk satu homestay. RM500.00 untuk 2 homestay. 

Deposit:

DEPOSIT* : RM100.00 untuk sebuah homestay semalam untuk booking tarikh.
BAKI : Dijelaskan ketika CHECK IN

* Pelanggan yang telah booking tarikh adalah tertakluk dalam konsep Syariah "Hamish al-Jiddiyah" (هامش الجدية). Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan, deposit dikira hangus. Sebarang pertukaran tarikh tertakluk kepada kekosongan.

* Harap maklum bahawa anda hanya dikira booking sekiranya telah membuat deposit. Tanpa deposit, booking anda hanya dikira sebagai pertanyaan.

Tempahan:

Untuk membuat tempahan boleh hubungi 
Muhalith di Tel/whatsapp - 017-9527363 / 019-6507363
Jamaliah di tel/whatsapp - 017-6737363

Rombongan Sekolah Ke Melaka

Rombongan Sekolah Ke Melaka

Rombongan Sekolah Ke Melaka


Homestay di Bandar Melaka
Homestay di Bandar Melaka
Homestay di Bandar Melaka
Homestay di Bandar Melaka

Tempat-tempat menarik di Melaka berhampiran homestay:
  • kira-kira 3 km ke  River Cruise Taman Rempah dan Bazar Ramadhan Hang Tuah Mall, UiTM Bandaraya, UTEM City Campus, Kolej Profesional Mara, MiCOST,
  • kira-kira 3 km ke Melaka Sentral, TESCO, Mydin, AEON Bandaraya dan Bazar Ramadhan Taman Cempaka
  • kira-kira 3.5 km ke Putra Specialist Hospital dan The Shore
  • kira-kira 5-6 km ke Bandar Hilir, Kota A Famosa, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Muzium Samudera, Replika Istana Kesultanan Melaka, Stadthuys, 
  • 8 km ke Masjid Selat di Pulau Melaka
  • kira-kira 12 km ke medan ikan bakar Alai
  • kira-kira 7 km ke Dataran 1 Malaysia
  • kira-kira 10 km ke pantai Puteri
  • kira-kira 5 km ke Masjid Al Azim dan Hospital Besar Melaka
  • kira-kira 6 km ke Stadium Tun Fatimah
  • 12 km ke MITC, Planetarium, Melaka International Bowling Center, Masjid Al Alami MITC, Menara Persekutuan, Wisma Persekutuan
  • 14 km ke Melaka Wonderland Water Theme Park, Ayer Keroh, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, Muzium Orang asli.
  • 15 km dari tol Ayer Keroh

Monday, August 12, 2013

Homsetay Kesidang Melaka


#Homsetay Kesidang Melaka dibuka pada tahun 2012, homestay Kesidang terdiri dari 3 buah homestay di mana 2 buah terletak di Bandar Melaka dan sebuah lagi terletak di Bukit Katil, dekat Ayer Keroh.

Homestay di Bandar Melaka terdiri dari Kesidang Lia Homestay dan Kesidang Moon yang terletak di Taman Kesidang Seksyen 2, Kampong Lapan Melaka. Homestay di Bukit Katil ialah Homestay dPuncak dan ianya terletak di Taman Puncak, Bukit Katil.

Homestay Kesidang merupakan tempat yang ideal untuk menginap bagi pengunjung dan pelancong yang datang ke Melaka. Homestay ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, dan membolehkan anda untuk berbuat demikian dengan selesa serta tidur nyenyak. Bilik yang amat selesa, dan luas, juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang praktikal, seperti air cond, air botol percuma, kemudahan sterika, TV, kemudahan memasak dan membasuh serta teh dan kopi.

Homestay di Bandar Melaka


Dalam persekitaran yang tenang di dalam kawasan kejiranan Melayu, Homestay Kesidang dan Homestay dPuncak memberikan perkhidmatan yang mesra dan persekitaran yang tenang kombinasi sempurna yang akan membuatkan lawatan anda ke Melaka menjadi lebih mengesankan.

Homestay di Melaka
Rumah yang bersih dan bilik yang selesa

Homestay di Bandar Melaka
Kesidang Lia dan Kesidang Moon di bandar Melaka
Homestay Kesidang Melaka terletak lebih kurang 19 kilometer dari Ayer Keroh Tol Plaza, berhampiran dengan banyak tempat-tempat menarik seperti River Cruise, Pirate Park, Bandar Hilir, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Masjid Kg. Hulu, Melaka Sentral, Kg. Morten, Kg. Chetty, UiTM #BandarMelaka, UTEM City Campus, Hospital Besar Melaka dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong.
Homestay di Ayer Keroh
Homestay dPuncak Bukit Katil
Homestay dPuncak, Bukit Katil pula lebih kurang 9 km dari Tol Ayer Keroh, juga berhampiran banyak tempat-tempat menarik di Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Hanya kira-kira 5 km dari MITC, Planetarium, Melaka Wonderland, Taman Buaya, Zoo Negara, Menara Persekutuan, Melaka International Bowling Centre, Wisma Persekutuan, Wisma Negeri, Sri Negeri, Kompleks KDN, Taman Seribu Bunga, Taman Botanikal dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Homestay dPuncak hanya kira-kira 2 km dari JPJ, Dewan Tun Ali, Masjid Saidina Ali, dan di sebelah Homestay ini terletak Institut Latihan Perindustrian, Bukit Katil.

Kedudukan homestay ini yang berdekatan dengan Bandar Melaka, menjadikannya penginapan yang sempurna dan sesuai untuk pelancong dan pengunjung berehat setelah penat seharian melawat tempat-tempat menarik yang begitu banyak di Bandar Melaka mahupun #AyerKeroh.

Terdapat banyak tempat-tempat bersejarah dan monumen, juga bernilai lawatan berhampiran Homestay Kesidang. Di samping itu, suasana homestay yang luas dan sangat selesa amat sesuai untuk merehatkan badan dari kepenatan.

Tempahan:

klik di sini untuk tempahan

Alamat:

Homestay Kesidang
163B, Jalan Kesidang 2/13
Taman Kesidang Seksyen 2
75200 Melaka

Homestay dPuncak, Bukit Katil
No. 35, Jalan Puncak 1, Taman Puncak
Bukit Katil, 75450
Melaka

Hubungi: Muhalith (019-6507363)
Jamaliah di tel/whatsapp - 017-6737363

Email: muhalith@gmail.com

Facebook: http://facebook.com/homestaykesidang

Google Comunities: Homestay Kesidang

Harga:

RM190.00 untuk homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon
RM170.00 untuk Homestay dPuncak, Bukit Katil

Deposit:

DEPOSIT* : RM50.00 untuk booking tarikh.
BAKI : Dijelaskan ketika CHECK IN

* Pelanggan yang telah booking tarikh adalah tertakluk dalam konsep Syariah "Hamish al-Jiddiyah" (هامش الجدية). Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan, deposit dikira hangus. Sebarang pertukaran tarikh tertakluk kepada kekosongan.

* Harap maklum bahawa anda hanya dikira booking sekiranya telah membuat deposit. Tanpa deposit, booking anda hanya dikira sebagai pertanyaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dapatkan informasi terkini homestay dan kereta sewa di Melaka - https://goo.gl/8iUSyd
Join Our Newsletter